comscore
Tumpuan :
Nasional

Amelia Henderson hanya perlu bayar RM10,000 kepada A Aida Production

Amelia Henderson (kiri), A. Aida

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Amelia Henderson berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd menerusi isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.

Ia selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong membenarkan rayuan Amelia selaku pemohon.

Bagaimanapun, pelakon berkenaan perlu membayar sejumlah RM10,000 beserta faedah lima peratus secara tahunan bermula hari ini kerana melanggar kontrak berkenaan.

Pada 7 April lalu, Amelia atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson, 28 tahun diperintah oleh Mahkamah Sesyen supaya membayar ganti rugi selepas membenarkan tuntutan saman syarikat terbabit kerana pelanggaran kontrak penggambaran drama berjudul ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’.

Hakim Zulqarnain Hassan, memerintahkan Amelia selaku defendan membayar ganti rugi am RM90,000; pemulangan bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak perjanjian sebanyak RM3,920 dan RM101,325 bagi pembayaran kos penggambaran serta kos RM18,000 kepada A Aida atau Datuk Zaidah Awang sebagai plaintif.

Hakim itu turut membenarkan permohonan A Aida untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah sama terhadapnya, selain pelakon itu perlu memohon maaf kepada plaintif di akaun Instagram @ameliath dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah.

Pada 28 Julai 2022, A Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama apabila pelakon itu menarik diri di saat akhir daripada penggambaran drama berkenaan.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Amelia menerima bayaran pertama RM3,920 selepas menandatangani perjanjian kontrak serta bersetuju memberi komitmen penuh bagi menjayakan drama itu.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa Amelia membuat keputusan menarik diri walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak, sebelum notis penamatan kontrak diberikan kepada pelakon berdarah kacukan India-Scotland itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini