comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Anggota Tentera Laut hilang, mayat ditemui bersama kereta dalam parit

SABAK BERNAM: Misteri kehilangan seorang anggota Tentera Laut terungkai apabila mayatnya ditemui bersama kereta dalam parit berhadapan sebuah hotel di sini, hari ini.

Mayat Mohamad Khair Mahat, 28, ditemui orang awam yang memotong rumput berhampiran lokasi kejadian.

Difahamkan, pada 21 Mei lalu isteri mangsa menerima laporan suaminya tidak hadir bertugas.

Susulan itu, laporan polis dibuat keluarga berhubung kehilangan mangsa.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.23 petang.

Foto : JBPM

Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, kejadian membabitkan Perodua Kelisa ditemui orang awam dalam parit dengan anggaran kedalaman dua meter.

“Kereta itu dalam keadaan terbalik dipercayai terbabas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Foto : JBPM

Wan Md Razali berkata, anggota bertugas kemudian mengeluarkan mangsa selepas kereta itu dibawa naik menggunakan ‘back hoe’.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini