comscore
Tumpuan :
Nasional

Bangunan PAID Sabak Bernam terbakar 

Foto ihsan JBPM

SUNGAI BESAR: Bangunan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sabak Bernam di Jalan Parit 1 Timur, Sungai Panjang, di sini, terbakar.

Ketika kejadian tiada kakitangan yang bertugas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan menerima panggilan mengenai kebakaran itu jam 7.59 malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dan Sabak Bernam bersama jentera dikejarkan ke lokasi.

“Menurut laporan awal, kejadian membabitkan bangunan pejabat Unit Pendidikan Islam yang terbakar di bahagian ruang tamu,” katanya.

“Kebakaran dikawal sepenuhnya jam 8.12 malam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Loading...
Terkini