comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar, Erdogan bincang perang Israel-Palestin

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah berbincang mengenai perkembangan semasa peperangan membabitkan Palestin dan Israel.

Anwar berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Erdogan.

“Saya sempat bercakap dengan Presiden Erdogan, sebentar tadi. Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel,” katanya dalam hantaran ringkas melalui aplikasi X, lewat malam tadi.

Semalam, Perdana Menteri dilapor menegaskan, Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Beliau berkata, masyarakat antarabangsa berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman serta penindasan terhadap rakyat Palestin, termasuk rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin yang dilakukan rejim Zionis tanpa henti.

Loading...
Terkini