comscore
Tumpuan :
Nasional

APMM Mersing tahan 2 bot nelayan tempatan kerana langgar syarat lesen

FOTO: APMM

MERSING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Mersing menahan dua bot nelayan tempatan pada kedudukan lebih kurang 0.3 batu, barat Pulau Mensirip,  tengahari semalam.

Kedua-dua buah bot didapati telah melanggar syarat lesen iaitu berlabuh di dalam taman laut pada kedudukan kurang dua batu nautika daripada daratan.

FOTO: APMM

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata dua buah bot nelayan tempatan kelas B itu ditahan oleh pasukan peronda Maritim dalam Operasi Jaksa dan Tiris.

FOTO: APMM

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat tujuh kru warga tempatan termasuk tekong berumur 26 hingga 55 tahun di dalam kedua-dua buah bot berkenaan.

Bot serta kru dibawa ke jeti Maritim Teluk Gading untuk  tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.

FOTO: APMM
Loading...
Terkini