comscore
Tumpuan :
Nasional

Asfia pemangku TYT Sarawak, angkat sumpah esok

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar

KUCHING : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar akan memangku jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Tempoh bagi pemangku TYT itu akan diumumkan oleh Jabatan Premier Sarawak.

Menurut sumber, upacara mengangkat sumpah jawatan itu akan diadakan esok.

Difahamkan, pemangku jawatan ketua negeri itu dilantik berikutan Tun Abdul Taib Mahmud melanjutkan tempoh percutiannya di luar negara.

Mohamad Asfia, 75, sebelum ini pernah dilantik sebagai pemangku Yang di-Pertua Negeri pada 1 Disember 2019 hingga 11 Januari 2020.

Beliau juga pernah menjadi wakil rakyat apabila dipilih bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serdeng selama tiga penggal mulai tahun 1991 hingga 2006.

Loading...
Terkini