comscore
Tumpuan :
Nasional

Awas ‘scam durian’ elak ditipu

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Tawaran harga rendah jualan durian daripada pasaran antara taktik diguna sindiket untuk menipu orang ramai.

Justeru orang ramai diingatkan sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran promosi jualan durian sama ada diiklankan menerusi media sosial atau aplikasi sembang maya.

Artikel berkaitan : Jom makan durian percuma !

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sindiket penipuan ini mengambil peluang pada musim ini kerana mengetahui ramai yang meminati durian.

“Mereka (sindiket) mengiklankan dalam Facebook dan pelbagai medium media sosial bagi mempromosi jualan durian dengan pelbagai tawaran yang menarik.

“Orang ramai yang berminat untuk membeli kemudian akan menghubungi ‘penjual’ dan mereka akan diberikan satu pautan untuk transaksi pembelian dan pembayaran,” katanya

Menerusi pautan itu, pembeli akan diminta memasukkan data peribadi dan perbankan dan akhirnya mereka sedar bahawa mereka menjadi mangsa penipuan.

“Namun kita tidak menafikan ada promosi jualan yang ‘genuine’ (asli) tetapi kita nasihatkan orang ramai untuk tidak membuat pembelian secara dalam talian, lebih-lebih lagi yang memberi tawaran harga tidak munasabah ”

Bagi mereka yang sudah menjadi mangsa penipuan dinasihatkan segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk menyekat akaun bank yang digunakan sindiket.

“Mangsa juga perlu buat laporan polis untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Tetapi sebaik sedar ditipu, langkah pertama adalah hubungi talian 997 kerana NSRC mampu menyekat transaksi wang mangsa pergi lebih jauh dan ditunaikan oleh pihak sindiket” katanya.

Beberapa tips turut dikongsi menerusi Facebook Amaran Scam untuk dijadikan rujukan kepada penggemar raja buah itu agar tidak menjadi mangsa penipuan promosi jualan durian.

Facebook Amaran Scam dibangunkan pada 2020 sebagai medium pendidikan kepada orang awam berhubung pelbagai taktik penipuan kewangan yang wujud di Malaysia.

Loading...
Terkini