comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kutip zakat tapi masuk poket sendiri

KUALA LUMPUR: Lebih RM9.7 juta wang zakat dikhuatiri lesap selepas dipercayai diambil syarikat pengutip zakat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata jumlah itu melibatkan empat kes yang masih disiasat pihaknya dengan jumlah sebenar zakat yang masih belum dipulangkan ialah RM9,714,182.

Daripada jumlah itu, dua kes dikesan di Selangor dan masing-masing satu kes di Terengganu dan Perak.

“Kes di Perak mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM9,629,682,” katanya.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan jumlah kes komersil bagi tahun 2019-2023 pada sidang media di ibu negara hari ini. – FOTO: NSTP

Di dalam kes itu, syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, MAIPk disyaki gagal mendepositkan wang kutipan zakat bermula Mac 2023 hingga September 2023.

Ramli Mohamed berkata pihaknya akan merakam keterangan pihak syarikat terbabit bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Amat mendukacitakan apabila wang zakat juga turut diseleweng oleh individu-individu yang diamanahkan untuk mengutip wang terbabit,” katanya.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan jumlah kes komersil bagi tahun 2019-2023 pada sidang media di ibu negara hari ini. – FOTO: NSTP

Beliau berkata, perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana zakat adalah satu daripada lima rukun Islam yang menjadi pegangan setiap muslim.

“Sewajarnya, wang kutipan zakat diuruskan dengan baik dan penuh amanah supaya dapat dimanfaatkan sesuai dengan kehendak agama.”

“JSJK memberikan amaran keras kepada pelaku-pelaku jenayah ini bahawa tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang akan diambil bagi memastikan jenayah sebegini tidak berulang,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini