comscore
Tumpuan :
Nasional

Bajet 2023: RM1.5 Bilion Diperuntuk Martabat Syiar Islam

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1.5 bilion untuk pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam dalam Bajet 2023, sekali gus terus mengutamakan agenda memartabatkan syiar Islam.

Daripada jumlah itu, sejumlah RM150 juta akan digunakan tahun depan untuk menyelenggara fasiliti pendidikan di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ia termasuk fasiliti seperti sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan institusi pondok berdaftar.

Manakala pemberian bayaran khas RM500 khusus kepada kira-kira 72,000 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir dan imam turut diberikan pada tahun depan.

Pemberian sekali bayar itu akan memanfaatkan golongan bilal, siak, noja dan marbut, dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM36 juta.

Loading...
Terkini