comscore
Tumpuan :
Nasional

Baki 100 tahanan wanita telah dipindahkan dari Depoh Imigresen Bidor – Ruslin

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh (tengah) pada sidang media petang tadi. FOTO: NSTP

TAPAH: Jabatan Imigresen Malaysia telah memindahkan baki 100 tahanan wanita yang berada di Depoh Tahanan Sementaranya di Bidor malam tadi ke beberapa lokasi lain bagi mengosongkan premis itu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, tahanan wanita terbabit ditempatkan antaranya di Depot Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Lenggeng di Negeri Sembilan dan Kemayan di Pahang.

Beliau berkata, depoh di Bidor dikosongkan sementara sehingga siasatan kes tahanan merusuh dan lolos selesai.

Ruslin berkata, radius pencarian tahanan yang masih lolos telah diperluas kepada lima kilometer dari depoh itu.

“Kita juga yakin tahanan masih berada tidak jauh dari kawasan depoh, pergerakan mereka juga terbatas dan apabila masuk hari kedua, mereka akan mula berasa lapar, kita harap operasi esok akan lebih mudah,” katanya.

Rabu lalu, sejumlah 131 pendatang tanpa izin telah melarikan diri dari blok lelaki depot tahanan itu dan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia apabila terbabit nahas jalan raya.

Daripada jumlah tahanan yang melarikan diri itu, 115 ialah etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini