comscore
Tumpuan :
Nasional

Bandaraya Johor Bahru ‘Lumpuh’ Seketika Akibat Banjir Kilat

JOHOR BAHRU : Bandaraya Johor Bahru lumpuh seketika apabila beberapa jalan utama dibandar itu dinaiki air hingga satu meter berikutan hujan lebat bermula tengahari tadi.

Lebih 30 buah kereta yang diletakkan dikawasan meletak kenderaan berdekatan Wisma Persekutuan turut terperangkap dalam air.

FOTO : Orang Awam

Beberapa kawasan kampung yang terletak dipinggir Sungai Skudai, Tebrau dan Tiram turut dinaiki air.

Ia termasuk Kampung Muhamad Amin Nong Chik, Jalan Mahmudiah di hadapan Restoran Yasin dan Jalan Seri Pelangi Menghala ke Stulang Laut.

FOTO : Orang Awam

Paras air sungai Tiram mencatat bacaan melebihi paras berjaga-jaga iaitu 26.32 meter.

Bagaimanapun menurut kenyataan yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Johor Bahru hingga jam 4 petang tadi tiada pusat pemindahan dibuka.

Polis juga mengesahkan tidak menerima laporan membabitkan kemalangan jiwa.

FOTO : Orang Awam
Loading...
Terkini