comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kebakaran di Mid Valley


KUALA LUMPUR: Ruang pemunggahan barangan (Loading Bay) sebuah pusat beli belah terkemuka Mid Valley di ibu negara dilaporkan terbakar.

Menurut jurucakap bomba KL, kebakaran bermula di bilik pencawang TNB di dalam pusat beli-belah itu.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan kepulan asap tebal sehingga mencetuskan suasana cemas orang ramai di kawasan berkenaan.

Pasukan bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.

Difahamkan bekalan elektrik turut terputus dan tempat letak kenderaan ditutup sementara.

Berdasarkan perkongsian netizen di media sosial api dilihat marak begitu cepat.

Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC), yang memuat naik gambar kebakaran itu di Twitter, memaklumkan dua jalan telah ditutup.

Polis berada di tempat kejadian untuk mengawal lalu lintas.

Artikel berkaitan : Kebakaran: Mid Valley ditutup sementara 

Loading...
Terkini