comscore
Tumpuan :
Bencana

Banjir di Batu Pahat kian pulih, tinggal 5,667 mangsa di PPS

Sukarelawan NGO dan semua agensi bergabung tenaga dalam misi bantuan pasca banjir di daerah Batu Pahat. – FOTO: Facebook/ Datuk Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di Batu Pahat menunjukkan trend pemulihan dengan lebih 1,000 penduduk dibenarkan pulang hari ini.

Sekaligus jumlah terkini mangsa yang berada di Pusat Penempatan Sementara (PPS) hanya tinggal 5,667 mangsa daripada 1,647 keluarga pada jam 4 petang tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu menurun berbanding 6,740 mangsa daripada 1,923 keluarga pada pagi tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, kesemua mereka ditempatkan di 38 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini.

Sukarelawan NGO dan semua agensi bergabung tenaga dalam misi bantuan pasca banjir di daerah Batu Pahat. – FOTO: Facebook/ Datuk Onn Hafiz Ghazi

“Lapan PPS telah ditutup di Batu Pahat dalam tempoh itu. Antaranya PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Dalam di Air Hitam, SK Seri Permatang Rengas di Seri Medan, Sekolah Menengah Agama (SM) Parit Sulong dan Kolej Perwira Universti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Parit Raja.

“Laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang tanda amaran bagi semua daerah di Johor

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mencatatkan tiga lembangan sungai di Batu Pahat masih lagi berada pada aras amaran.

“Tiga lembangan sungai itu adalah Empangan Bekok yang juga sub-lembangan Sungai Bekok dengan bacaan 19.20 meter bagi paraa bahaya berbanding 19.05 meter (paras amaran); Empangan Sembrong (Sungai Sembrong) dengan catatan aras air 12 meter berbanding 11.07 meter dan Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.50 meter berbanding 3.23 meter,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sukarelawan NGO dan semua agensi bergabung tenaga dalam misi bantuan pasca banjir di daerah Batu Pahat. – FOTO: Facebook/ Datuk Onn Hafiz Ghazi

Menurut Azmi, lima jalan di Batu Pahat masih lagi ditutup sehingga kini akibat banjir, namun dibuka untuk kenderaan berat sahaja.

“Ia membabitkan Jambatan Sri Dayung di Jalan Parit Haji Arif atau Sri Dayung; Jambatan Parit Jambi di Jalan Parit Jambi; Klinik Kesihatan Sri Medan di Jalan Haji Arif; sepanjang Jalan Parit Warijo dan Kampung Sri Bengkal, Jalan Sri Bengkal,” katanya.

Loading...
Terkini