comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 1,153

Foto anggota bomba menyelamatkan dan memindahkan mangsa banjir di Kampung Sentosa Damai, Pasir Gudang semalam. – FOTO Ihsan JBPM.

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 1,153 orang daripada 301 keluarga setakat jam 8 malam tadi.

Ia susut sebanyak 332 orang berbanding 1,485 orang di 13 PPS setakat jam 12 tengah hari tadi.

Jumlah PPS yang masih beroperasi di empat daerah terjejas turut berkurangan kepada 11 buah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri, JPBN Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata Kota Tinggi kekal menjadi daerah paling terjejas dengan jumlah mangsa banjir paling ramai pada 761 orang.

Ia membabitkan mangsa daripada 191 keluarga serta tujuh PPS yang masih beroperasi.

Keadaan di PPS Dewan Kampung Sungai Tiram semalam. – FOTO: Ihsan APM.

Mangsa banjir di Johor Bahru kekal dengan 43 penduduk daripada 12 keluarga di sebuah PPS susulan penutupan dua PPS iaitu Dewan Muafakat Kampung Cahaya dan Dewan Kampung Sungai Tiram.

Mersing turut kekal dengan seramai 265 mangsa terjejas daripada 70 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan, SK Air Papan dan SK Tenglu.

“Bagaimanapun mangsa banjir di Kluang meningkat kepada 84 mangsa daripada 28 keluarga yang ditempatkan di Dewan MPK Kahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MetMalaysia hari ini mengekalkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor hingga Ahad ini.

Menurut MetMalaysia amaran hujan lebat berterusan tahap buruk itu membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku sehingga Ahad membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini