comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Bapa berdepan tuduhan bunuh bayi kandung 6 bulan

 

IPOH : Seorang bapa didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh bayi lelakinya  yang berusia enam bulan .

Tertuduh, Zahrul Ashrik Zulkaflee, 30, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zakir Asyraf Zahrul Ashrik yang berusia enam bulan di sebuah rumah di Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh jam 10 malam, 17 Mac lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sebutan semula kes ditetapkan 12 Jun depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syahirah Azahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Loading...
Terkini