comscore
Tumpuan :
Nasional

Bayi maut di Melaka bukan sebab tersedak susu – Polis

Foto hiasan

MELAKA: Bedah siasat terhadap seorang bayi perempuan dua bulan yang maut dalam kejadian di Taman Melaka Raya, pagi semalam mendapati kematiannya disebabkan jangkitan paru-paru.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata laporan dikeluarkan Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka selepas bedah siasat selama lima jam, semalam.

“Bedah siasat dijalankan bermula jam 11.45 pagi dan doktor pakar patologi mendapati punca kematian bayi berkenaan adalah disebabkan oleh jangkitan paru-paru.

“Mayat si mati diserahkan kepada pihak waris iaitu ibunya untuk urusan pengebumian,” katanya dalam kenyataan.

Media malam tadi melaporkan bayi perempuan berusia sebulan 28 hari ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya selepas diberi minum susu di rumah mereka di Taman Melaka Raya, pagi semalam.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini