comscore
Tumpuan :
Nasional

Tercekik anggur, budak dua tahun meninggal dunia

Foto hiasan

MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dipercayai akibat tercekik ketika memakan anggur.

Mangsa meninggal dunia kira-kira 10 hari selepas menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata Nur Aryanna Danisha Muhamad Shaizat disahkan meninggal dunia jam 9.23 pagi semalam ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Melaka.

Katanya, kanak-kanak itu menerima rawatan awal di sebuah hospital swasta di Ayer Keroh selepas tercekik ketika memakan anggur di rumahnya di Taman Merbok.

Doktor di hospital berkenaan berjaya mengeluarkan buah berkenaan.

“Bagaimanapun, kanak-kanak itu didapati masih dalam keadaan tidak stabil dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Kanak-kanak itu (kemudiannya) dipindahkan ke Hospital Melaka pada 31 Ogos lalu,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Christopher berkata, doktor mengesahkan punca kematian kanak-kanak itu ialah ‘Hyporxic Ischaemic Encephalopathy secondary to choking’.

Loading...
Terkini