comscore
Tumpuan :
Nasional

Beberapa jalan sekitar Kota Tinggi dilanda banjir kilat

Oleh: Zahir Senapiah

KOTA TINGGI: Beberapa batang jalan menghubungkan Mersing dan Felda Lok Heng dekat sini, dinaiki air hingga 0.5 meter selepas hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.

Antaranya KM51 jalan Johor Bahru ke Mersing berdekatan sungai Mupur, kilometer 43, Jalan Felda Lok Heng ke Mawai dan Jalan Mawai Lama.

Jalan Johor Bahru ke Mersing di KM51 telah surut sepenuhnya dan dibuka kepada semua jenis kenderaan.

Manakala Jalan Felda Lok Heng ke Mawai dekat Sungai Semalok, yang sebelum ini dinaiki air sedalam 0.1 meter sejauh 20 meter juga telah dibuka kepada semua jenis kenderaan selepas air surut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitanden Hussin Zamora bagaimanapun berkata, jalan Mawai lama berdekatan rumah burung hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja selepas digenangi air sedalam 0.5 meter.

Beliau meminta pengguna jalanraya berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan maklumat terkini yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi mengenai perubahan cuaca pada fenomena monsun timur laut sekarang.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini