comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya 12 tengah malam ini – Air Selangor

Oleh: Shuhadah Marzuki

Petaling Jaya: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan air ke kawasan terjejas akibat henti tugas sementara di empat loji rawatan air (LRA) disebabkan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor sudah mula disalurkan secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 12 tengah malam ini.

Sehingga jam 9 pagi tadi, status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas telah mencapai 72.8 peratus.

Pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air disaran untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Semalam, Air Selangor memaklumkan LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang dihenti tugas susulan pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor.

Bekalan air kembali disambung kepada pengguna jam 4 pagi selepas masalah pencemaran itu berjaya diatasi.

Loading...
Terkini