comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekas ahli politik disaran terima hanya satu pencen, sekiranya ada tanggungjawab moral – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

HULU KELANG: Bekas ahli politik yang mempunyai lebih daripada satu pencen boleh menolaknya dan memilih untuk mendapatkan hanya satu pencen.

Bagaimanapun pilihan itu terserah kepada individu terbabit,  jika mereka mempunyai tanggungjawab moral berbuat demikian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini memandangkan terdapat bekas menteri, menteri besar dan pegawai kerajaan yang menerima tiga hingga empat pencen.

Beliau mengulas kenyataan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) yang berpandangan bayaran bulanan diberikan kepada bekas wakil rakyat perlu diteruskan, memandangkan bayaran itu sebenarnya sumbangan kerajaan kepada mereka yang menjadi wakil rakyat atau disebut gratuity (ganjaran).

Tambahnya, sebarang langkah dan cadangan untuk memansuhkan pencen wakil rakyat dan menteri memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Gambar hiasan.

“Perlembagaan tidak membolehkan kita membatalkan apa yang telah dipersetujui sebelum ini, yang kita nak mulakan adalah peraturan baharu yang boleh berkuatkuasa setelah diputuskan bagi jawatan-jawatan baharu.”

“Ini termasuk jawatan politik, ini cadangan yang akan kita bentangkan ke jemaah menteri dan tentunya di parlimen kerana melibatkan beberapa pindaan undang-undang, jadi tak boleh batalkan yang sedia ada kerana sudah terikat dengan perjanjian dan  jaminan perlembagaan,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini tidak berpencen.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam, (CUEPACS) Datuk Adnan Mat dalam reaksi awalnya berkata kerajaan perlu mengkaji semula pemberian pencen kepada ahli-ahli politik membabitkan wakil rakyat jika negara berdepan kekangan kewangan sehingga terpaksa menyekat skim saraan perkhidmatan awam.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini