comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Belanjawan Sempurna’ dari kaca mata Steven Sim di Money Matters

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim

PETALING JAYA: Episod istimewa Money Matters bakal menampilkan Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim bagi berkongsi sudut pandangannya untuk menghasilkan ‘Belanjawan Sempurna’ untuk rakyat.

Menerusi siaran Money Matters kali ini, Steven Sim akan berkongsi buah fikiran tentang cara menghasilkan ‘Bajet Sempurna’ (Perfect Budget) sambil mengimbangi keperluan komuniti perniagaan dan meningkatkan usaha untuk menarik pelabur.

Beliau juga akan menerangkan tentang Belanjawan 2023 yang berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat segenap lapisan masyarakat dengan mengambil kira cabaran yang bakal dihadapi.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini pernah dinobatkan sebagai Young Global Leader oleh Forum Ekonomi Sedunia yang berpusat di Geneva, Switzerland pada tahun 2012.

Beliau pernah berkhidmat di sebuah syarikat multinasional sebelum menggalas tugas sebagai Timbalan Menteri Kewangan di Putrajaya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Bukit Martajam itu juga adalah seorang pengarang dan juga Ahli Lembaga Pengarah Penang Institute.

Steven Sim akan muncul dalam episod istimewa Money Matters yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Josephine Dass dan Penerbit, Amelia Azharul Nahar pada 4 Mac 2023, Sabtu, jam 5 petang, hanya di TV3.

Penonton boleh juga strim langsung episod penuh program di www.tonton.com.my dan boleh mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan program ini di Twitter @MoneyMattersTV3.

Untuk maklumat lebih lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, & Twitter di @TV3Malaysia.

Loading...
Terkini