comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Blake berehatlah, jasamu akan sentiasa dikenang’

FOTO: KPKT Malaysia/ Facebook

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA : Kematian anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM yang dikenali sebagai Blake diratapi mangsa tragedi Batang Kali.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Hero Batang Kali, Blake mati akibat barah

Ia berikutan haiwan itu terbabit dalam misi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, pada Disember tahun lalu.

Blake antara watak utama yang membawa kepada penemuan mangsa tragedi berkenaan.

FOTO: KPKT Malaysia/ Facebook

Bagi keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian itu, Ling Mung Siang, pemergian anjing pengesan K-9 itu turut dirasai mereka.

“Sebab anjing itu kawan saya ditemui ” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Ling Mung Siang, Mangsa Tragedi Batang Kali

Blake antara empat anjing unit K-9 JBPM yang menerima pingat ‘Golden Performance’.

Pengguna media sosial turut meluahkan kesedihan berikutan jasa haiwan itu dalam pencarian mangsa tragedi Batang Kali.

Blake terpaksa ditidurkan jam 4.38 petang kelmarin selepas didiagnosis menghidapi barah Limfoma tahap empat 15 Ogos lalu.

FOTO: KPKT Malaysia/ Facebook

Semasa hayatnya, anjing pengesan ini banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian jabatan itu di seluruh negara, antaranya mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor.

Blake juga terlibat dalam SAR kepala air di Titi Hayun dekat Yan, Kedah dan operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.

Loading...
Terkini