comscore
Tumpuan :
Nasional

Blake selamat dikebumi

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Blake, anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), yang mati akibat barah limfoma 18 September lalu selamat dikebumikan jam 11.00 pagi tadi.

Menerusi mesej ringkas, JBPM memaklumkan Blake ditanam di kawasan khas di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur.

Upacara dijalankan secara tertutup dengan dihadiri pegawai Unit Pengesan (K9).

Atas sebab tertentu dan demi menjaga sensitiviti pihak berkaitan, tiada gambar/video dikongsikan JBPM.

Blake dikenali antara hero yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat SAR insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, Disember tahun lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini