comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bonus sebulan gaji, minimum RM1,000 untuk penjawat awam Johor

 

ISKANDAR PUTERI: Berita gembira buat 13,400 penjawat awam Johor apabila kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2023 semasa Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini.

Bayaran bantuan khas kewangan itu akan dibayar dua kali iaitu pada akhir tahun ini dan menjelang Aidilfitri nanti.

“Bantuan berkenaan juga akan dipanjangkan kepada penjawat awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri, semua guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru Tadika Islam Johor (TAJ).

“Kerajaan negeri amat menghargai sumbangan penjawat awam yang menjalankan dasar-dasar bagi menjayakan agenda pembangunan dan kebajikan negeri,” katanya.

Loading...
Terkini