comscore
Tumpuan :
Nasional

Budak 2 tahun jatuh longkang ditemui lemas

FOTO: Ihsan Bomba

MELAKA: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan terjatuh dalam longkang berhampiran Taman Goodwood, Bukit Baru semalam dijumpai kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Mayat Muhammad Danish Mohd Faizal ditemukan dalam longkang besar di Taman Desa Baru, berhampiran Hospital Melaka, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.

Terdahulu, media melaporkan, mangsa disyaki terjatuh dalam longkang sedalam satu meter di sebuah hotel di Jalan Bukit Baru, Bukit Palah, semalam.

Kehilangan kanak-kanak itu disedari bapanya yang kemudian menghubungi pihak bomba kira-kira jam 3.42 petang.

Laporan lanjut menyusul.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini