comscore
Tumpuan :
Nasional

Cadangan naik taraf lesen motosikal B2 kepada B secara automatik dibawa ke MOT

PEKAN: Cadangan untuk menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan, MOT untuk diteliti terlebih dahulu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpendapat tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.

“Saya tidak fikir ujian memandu (diperlukan) kerana mereka pemandu (penunggang) yang berpengalaman, dan saya juga fikir mereka tidak memerlukan syarat-syarat ketat.

Ujarnya, perkara itu akan dikemukakan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengklafikasikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal tidak melebihi 250cc, manakala kelas B melibatkan motosikal melebihi 500cc.

Beliau ditemui di Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka 66 di Pekan, Pahang.

Majlis pelepasan melibatkan lebih 238 penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada ahli Superbikers Association Malaysia, S.A.M itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Presiden S.A.M Datuk Abdul Halim Suleiman.

Loading...
Terkini