comscore
Tumpuan :
Nasional

Dakwaan khalwat – Aliff Aziz, Ruhainies janji beri penjelasan

Ruhainies memuat naik entri beberapa minit selepas Aliff dilihat berkongsi luahan di Instagram (IG). Foto IG Ruhainies

KUALA LUMPUR: Artis berasal dari Singapura, Aliff Aziz yang dikaitkan dengan dakwaan ditangkap khalwat bersama pelakon wanita di ibu negara, awal pagi semalam, berjanji akan memberi penjelasan lanjut berhubung kontroversi itu.

Melalui hantaran Instagram Story (IGs), Aliff atau nama sebenar, Mohammad Aliff Aziz, 33, mendakwa laporan dia ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditokok tambah dan terlalu banyak spekulasi berbanding cerita sebenar.

“Assalamualaikum kepada semua. Berdasarkan situasi yang berlaku, semalam, terlalu banyak spekulasi dan laporan yang tidak tepat mengenainya.

“Tetapi saya faham tanggapan semua kerana keadaan tersebut telah menimbulkan syak wasangka yang boleh menimbulkan fitnah.

Seharusnya, keadaan yang dapat dielak, tetapi, saya akan beri keterangan apa yang berlaku sebenarnya bagi mengelak lebih banyak salah faham atas apa yang terjadi,” katanya melalui entri yang dimuat naik, malam tadi.

Aliff mendakwa laporan dia ditahan anggota penguat kuasa JAWI, semalam, ditokok tambah dan terlalu banyak spekulasi. Foto IG Aliff Aziz

Dalam pada itu, suami pelakon dan penyanyi, Bella Astillah itu menafikan penjelasan yang bakal dibuat sebagai cuba menegakkan benang basah.

“Bukan ingin menegakkan benang basah, sekadar berkongsi kepada yang ingin mendengar… Insya-Allah.“Selebihnya, saya memohon maaf atas apa yang terjadi dan semoga keterangan yang akan saya sampaikan nanti, sedikit sebanyak dapat menerangkan tanggapan semua… Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, tanda tanya identiti pelakon wanita yang dicekup bersama Aliff terjawab apabila Ruhainies atau nama penuh, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, mengesahkan dirinya pelakon dimaksudkan.

Ruhainies turut mengeluarkan kenyataan berhubung insiden menimpa mereka itu di IGs, malam tadi.

Melalui entri dimuat naik beberapa minit selepas Aliff berkongsi luahannya itu, Ruhainies turut berkongsi kenyataan sama dengan aktor terbabit.

Kesal atas apa yang berlaku, Ruhainies atau nama penuh, Ruhainies meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung kejadian itu.

“Bagi menjawab segala spekulasi atas apa yang sedang diperkatakan di semua platform media sosial, saya dengan rendah diri ingin menyatakan di sini, ada beberapa kenyataan yang kurang tepat telah tersebar.

“Bagaimanapun, saya ingin memohon maaf kepada semua atas apa yang terjadi. Saya juga berharap spekulasi in dapat dihentikan sehingga saya memberi kenyataan bagi mengelak kekeliruan dan salah faham… Insya-Allah,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, di sini.

Sumber Harian Metro dilapor berkata, tangkapan dibuat JAWI berdasarkan maklumat orang awam.

Menurutnya, pasangan selebriti yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama, ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan

 

Loading...
Terkini