comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Dr Dzulkefly mampu beri fokus lebih kukuh di KKM’ -PM

Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Menteri Kesihatan baru, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Pemilihan semula Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerajui Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan pengalamannya selain untuk menangani pelbagai masalah yang terbeban di kementerian berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu juga dibuat kerana Dr Dzulkefly mampu memberi fokus lebih kukuh di kementerian terbabit.

 

“Pertama pengalaman beliau diperlukan, saya percaya boleh diberi fokus lebih kukuh di kementerian.

“KKM juga terbeban dengan banyak masalah, sebahagiannya diwarisi, sebahagiannya untuk memenuhi tuntutan rakyat dari segi mutu kesihatan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan rombakan Kabinet di sini, hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini