comscore
Tumpuan :
Nasional

Dr Muhammad Zakuwa dilantik Imam Besar Masjid Putra

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Timbalan Pengarah (Cawangan Akademik) Darul Quran, Dr Muhamad Zakuwa Rodzali dilantik sebagai Imam Besar Masjid Putra Putrajaya berkuat kuasa hari ini.

Masjid Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan anak kelahiran Terengganu itu bagi menggantikan Salahuddin Ghozali yang bersara wajib pada 27 Jun lalu.

Berkelulusan ljazah Doktor Falsafah (Fiqh dan Astronomi Islam) di Universiti Malaya, Dr Muhamad Zakuwa berpengalaman lebih daripada 24 tahun sebagai penjawat awam apabila mula menyertai skim perkhidmatan Pegawai Hal-Hal Ehwal Islam pada tahun 1999 sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Surat pelantikan beliau disampaikan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff di pejabatnya, di sini pada 26 Jun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini