comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Dua kereta bertembung, pemandu wanita sarat hamil terselamat  

Pemandu Proton Saga BLM tersepit dalam kenderaan yang remuk. – Foto NSTP/Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang sarat hamil terselamat selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Batu 21 1/2, Jalan Sungai Lalang, Kampung Sungai Lalang, Semenyih dekat sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd Zain, berkata kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda City dipandu seorang wanita sarat mengandung berusia 35 tahun bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga BLM dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

Katanya sepasukan anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian itu jam 7.02 pagi.

“Pemandu Honda City terselamat tanpa sebarang kecederaan dalam kemalangan itu, bagaimanapun pemandu Proton Saga tersepit dalam kenderaan yang remuk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit untuk diserahkan kepada pasukan perubatan.

Loading...
Terkini