comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua lemas mandi di pantai

Foto hiasan

KEPALA BATAS: Dua lelaki, termasuk seorang remaja, ditemui lemas selepas dilaporkan hilang ketika bermandi-manda bersama rakan di Pantai Kuala Muda, di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan Zulkeflee Sulaiman, berkata mangsa dikenali sebagai Ho Wei Keat, 26, dan Lim You Yi, 14.

“Sekumpulan 13 individu pergi ke kawasan pantai itu sebelum dua daripada mereka dilaporkan hilang kira-kira jam 5 petang tadi.

“Susulan itu, pihak berkuasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mayat pertama, Wei Keat, ditemui pada jam 6.50 petang tadi, manakala mayat kedua (You Yi) pula dijumpai jam 7.30 malam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kedua-dua mayat kemudian dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini