comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua pemandu treler maut, nahas 3 kenderaan

TAPAH: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer (KM) 317.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 5.12 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Tiba di lokasi kita mendapati kemalangan membabitkan sebuah treler muatan tembikai dan sebuah treler muatan simen serta sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Kedua-dua pemandu treler disahkan maut oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda cedera di hantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah , Superintendan Mohd. Naim Asnawi berkata, pengguna PLUS dinasihatkan menggunakan jalan alternatif untuk menghala ke utara.

Loading...
Terkini