comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua remaja maut, langgar lampu isyarat merah 

Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung kereta di lampu isyarat simpang tiga Jalan Jambu di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, malam tadi. Foto NSTP/ Ihsan pembaca

IPOH: Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan kereta di lampu isyarat simpang tiga Jalan Jambu di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.35 malam itu, dua remaja lelaki berkenaan masing-masing berumur 17 dan 18 tahun maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abdin Abang Ahmad, berkata hasil siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila dua remaja berkenaan dari arah Chemor dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat, sebelum berlaku pertembungan dengan kereta dari arah bertentangan.

“Akibat daripada pelanggaran itu, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, pemandu kereta yang terbabit dalam nahas yang dipandu lelaki tempatan, 30, tidak mengalami kecederaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) AktaPengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Loading...
Terkini