comscore
Tumpuan :
Nasional

Enam rumah musnah terbakar di Lahad Datu

FOTO: JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

LAHAD DATU: Enam rumah jenis tidak kekal di Kampung Unta, musnah dalam kebakaran, di sini, pagi tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 7.40 pagi.

Sepasukan 14 anggota dan pegawai bersama dua jentera, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke tempat kejadian.

FOTO: JBPM Sabah

“Keluasan keseluruhan yang terbakar 141×180 kaki persegi. Tiada mangsa yang terlibat dilaporkan oleh ketua operasi.

“Operasi Pemadaman 2 Aliran 300 kaki 4 pancutan. Sumber Air terbuka (Sungai) menggunakan Pam Angkut 1 aliran 300 kaki ke Jentera untuk bekalkan air,” Menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Setakat ini, kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, api dapat dikawal pada jam 8.19 pagi.

Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini