PETALING JAYA: Nasib ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin bakal diketahui esok, sama ada mereka dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh atau dilepaskan dengan jaminan polis.
Ini berikutan tempoh reman selama 13 hari bagi pasangan suami isteri berusia 29 tahun itu akan berakhir esok.
Peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kanak-kanak itu berkata, kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) tidak lagi boleh disambung reman sebaliknya hanya boleh dituduh atau dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau berkata, pihaknya percaya kertas siasatan yang lengkap sudah diserahkan kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
“Semua kena bersabar, kita tunggu esok. Kami seperti rakyat Malaysia di luar sana ingin arwah (Zayn Rayyan) dibela dan beri keadilan kepadanya. Itulah kenapa kami semua berada di sini,” katanya dalam sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, hari ini.
Turut hadir, peguam Mahmud Jumaat yang mewakili ibu kepada Zayn Rayyan dan ahli keluarga kedua OYDS.
Sementara itu, Mahmud berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati proses siasatan yang sedang berjalan.
“Suka atau tidak, esok akan berlaku sama ada pertuduhan ke atas kedua-duanya atau salah seorang. Kalau tidak ada pertuduhan, mereka perlu dilepaskan dengan jaminan polis.
“Esok kita boleh mendengar dan melihat apakah pertuduhan yang dibuat dan hasil siasatan,” katanya.
Terdahulu, polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Mahkamah Majistret di sini dipercayai untuk merekod pengakuan bersalah wanita itu mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Bagaimanapun, perkara itu dibantah kedua-dua peguam yang mewakili pasangan suami isteri itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa
| ARTIKEL BERKAITAN
- Ibu bapa Zayn Rayyan direman seminggu
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Ada penemuan baharu dalam siasatan polis – Peguam
- Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan berpandukan risikan – Polis
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada suspek lain ditahan – KPN
- Peguam Mahmud Jumaat tidak lagi mewakili ibu bapa Zayn Rayyan
- Keluarga ibu bapa Zayn Rayyan lantik bekas TPR jadi peguam baharu
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis akan mohon sambung reman ibu bapa mangsa
- [VIDEO] Proses reman kes Zayn Rayyan kecoh, keluarga tuntut keadilan
- Tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung enam hari lagi
- [VIDEO] Ibu bapa Zayn Rayyan tertekan – Peguam
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Ada percanggahan dalam keterangan ibu, bapa dan saksi – KP Selangor
- Ibu Zayn Rayyan diminta ‘lakonkan semula’ kejadian kehilangan anaknya di kediaman mereka
- Ibu Zayn Rayyan tidak beri pengakuan bersalah, sebaliknya beri keterangan besar – Peguam