comscore
Tumpuan :
Nasional

Gagal seludup 3 migran, tekong, ‘transporter’ diberkas

Oleh Amira Suraini Che Mohamd

PADANG BESAR: Cubaan menyeludup tiga migran menggunakan kenderaan pacuan empat roda berakhir dengan tangkapan selepas tindak-tinduk mereka yang menyorok di dalam semak di bawah jejantas Kampung Kolam, disini, ‘dihidu’ pihak berkuasa.

Pemerhatian polis selama dua jam di lokasi terbabit kemudiannya membawa kepada tangkapan seorang rakyat tempatan dipercayai tekong dan ‘transporter’ warga asing masing-masing berusia 41 dan 39 tahun.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah berkata, tangkapan pada 12.15 tengah hari semalam adalah hasil kerjasama anggotanya dari Bahagian Siasatan Jenayah dengan Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis menerusi tugas Ops Pintas.

Katanya, tekong terbabit bergerak secara berasingan ke lokasi migran itu bersembunyi dengan menaiki motosikal manakala ‘transporter’ itu menaiki Toyota Hilux.

“Pemeriksaan lanjut ke atas migran berusia 26 hingga 30 tahun tidak menemukan dokumen pengenalan diri yang sah dan telah tamat tempoh.

“Pemeriksaan lanjut pada ejen penghantar terbabit menjumpai sekotak rokok yang disorokkan 160 biji pil berwarna merah tertulis ‘WY’ disyaki dadah jenis pil kuda.
“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine”, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipengeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Bagi kesalahan seterusnya, kes disiasat dibawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Loading...
Terkini