comscore
Tumpuan :
Nasional

Gajah betina terlibat kemalangan dipindah ke lokasi lebih selamat

SETIU: Seekor gajah betina yang cedera dirempuh sebuah kenderaan (SUV) di Kilometer 45, Kampung Kolam, Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja, Jumaat lalu dipindahkan ke habitat semula jadi yang jauh daripada ancaman bahaya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata gajah tersebut dipindahkan dengan bantuan dua gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu.

Gajah itu berjaya ditangkap kira-kira jam 11.30 pagi Sabtu lalu di kebun kelapa sawit di Kampung Telaga Papan di sini.

Operasi pemindahan mengambil masa kira-kira empat jam.

Gajah dipercayai berusia antara 15 hingga 20 tahun.

Menurut Kean Seong, operasi itu turut melibatkan anggota dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah dan Veterinar Ibu Pejabat Perhilitan.

Gajah seberat dua tan itu disahkan sihat dan hanya mengalami kecederaan luaran, dan telah dijalankan pemeriksaan lanjut oleh pihak veterinar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini