comscore
Tumpuan :
Nasional

Giliran ‘Abang Polis’ pula jadi perhatian 

FOTO IHSAN PEMBACA

KUALA LUMPUR: Sebelum ini ‘Abang Bomba’ tular dan mencetuskan fenomena pada sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu, kini tiba giliran anggota polis kacak berbangsa Cina dikenali sebagai Calvin Lee Sheng Hong menjadi perhatian warganet di aplikasi TikTok.

Ia hangat dibualkan warganet sebaik pengguna akaun Mimimimir memuat naik video pada acara perbarisan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, baru-baru ini.

Pengguna berkenaan meletakkan keterangan video ‘Bila nampak Oppa lalu’ sebelum dihujani komen pengguna aplikasi itu.

FOTO IHSAN PEMBACA

Menariknya, video yang sudah mendapat lebih 450,000 tontonan itu turut mendapat respons Calvin.

“Betul-betul kelakar la awak semua. Jangan risau, masih ‘single’ dan jodoh blom ada lagi,” balasnya.

Gara-gara video itu juga, akaun TikTok dan Instagram Calvin ‘diserbu’ warganet yang masing-masing memuji ketampanan dimiliki.

Loading...
Terkini