comscore
Tumpuan :
Nasional

Guru wanita ditemui mati di rumah sewa 

KUALA TERENGGANU: Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Kuala Nerus ditemui mati di rumah sewanya di Kampung Mengadang Baru, Kuala Terengganu.

Norsiah Muda berusia 55 tahun, dipercayai meninggal dunia lebih dari seminggu dan mayatnya ditemui oleh tuan rumah ketika ke rumah guru terbabit, jam 5.40 petang semalam.

Menurut abangnya, Shahadan Muda, tuan rumah ingin bertanya kepada arwah sama ada ingin  menggunakan perkhidmatan sewa kereta untuk ke sekolah esok.

Dia mengesyaki sesuatu terjadi  ke atas arwah selepas arwah tidak menjawab panggilan.

Dia juga terbau bau busuk dari dalam rumah sebelum menghubungi pihak polis.

Mangsa tinggal berseorangan dalam rumah yang disewanya sejak 13 tahun lalu.

“Tuan rumah pergi ke rumah sewa tu nak tanya sama ada dia (arwah) mahu menempah perkhidmatan kereta e-hailing untuk ke sekolah dan tuan rumah cuba menelefon berkalai dan tak berjawab kemudian pergi ke rumah tu bau busuk”, katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu  untuk bedah siasat.

Sementara itu Ketua  Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

Jenazah mangsa dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Makam Lama di Kuala Terengganu selepas sembahyang Zohor.

Loading...
Terkini