comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Surau buluh pertama di Asia jadi tarikan pengunjung di Terengganu

 

KUALA NERUS: Sebuah surau di Pantai Timur menggamit perhatian ramai khususnya pengunjung kerana struktur binaannya yang berbeza berbanding rumah-rumah ibadat yang lain.

Terletak di Kampung Banggol Tiang Kulat, surau yang dibina pada 2021 ini diperbuat sepenuhnya daripada buluh.

Foto hiasan
Foto hiasan

Lebih menarik, ia juga merupakan satu-satunya rumah ibadat Islam pertama di Asia yang dibina menggunakan bahan tersebut.

Menelan belanja RM500,000, surau ini dibina sebagai sebahagian daripada projek kajian dan pembangunan (R&D) di bawah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.

Foto hiasan
Foto hiasan

Ia boleh menampung kira-kira 200 jemaah dalam satu-satu masa.

Selain itu, keunikan surau ini juga terletak kepada seni binanya yang mengetengahkan rekaan berbentuk penyu yang cukup sinonim dengan negeri Terengganu.

Jemaah Suara Buluh Kuala Nerus, Muhammad Nadrul Naim Zulkifli

Jemaah Muhammad Nadrul Naim Zulkifli turut mengakui surau buluh ini suatu kelainan berbanding surau lain.

“Sebab kita tengok tak banyak surau atau masjid dibuat daripada buluh. Memang sedap kalau nak tidur sebelum masuk waktu zohor. Cuma, lebih baik kalau boleh dinaik taraf pada bulan puasa ini, jika dapat dibuat tarawih bagi mengimarahkan lagi surau ini”, katanya.

Surau berasaskan buluh ini semestinya mempunyai kelebihannya tersendiri.

Foto hiasan

Menurut jemaah, binaan buluh ini menjadikan surau berkenaan terasa lebih sejuk berbanding surau-surau lain yang kelazimannya berasaskan binaan batu dan kayu.

Bagi merealisasikan pembinaan rumah ibadat ini, lebih 3,000 batang buluh digunakan.

Daripada jumlah itu, 1,700 batang digunakan untuk membina struktur surau. Manakala, selebihnya bagi pembinaan bumbung.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini