comscore
Tumpuan :
Nasional

Hanya yang ada ID khas boleh beli minyak masak paket

Foto hiasan

PETALING JAYA: Hanya mereka yang mempunyai ID atau kad pengenalan diri khas dan disahkan layak sahaja boleh membeli minyak masak paket bersubsidi, tahun depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata, ini perlu kerana di bawah sistem pasaran terbuka, golongan berada turut membeli barangan bersubsidi.

“Kita mahu sasarkan kepada yang memerlukan… supaya tidak berlaku penjualan kepada yang tidak sepatutnya.

”Pada ketika ini Kerajaan keluarkan 60 juta paket minyak masak bersubsidi setiap bulan. Akan tetapi aduan di terima ialah ianya tidak boleh di dapati di pasaran. Ianya selalu habis.

”Maka dengan subsidi bersasar, hanya yang ada ID (pengenalan diri) dan di sahkan layak sahaja boleh dapatkan minyak masak yang paket bersubsidi ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Turut diperjelas Fuziah, penggunaan ID berbeza dalam mekanisme pembelian minyak masak bersubsidi.

”Ramai yang bertanya mengapa tidak gunakan IC atau MySejahtera. Ini kerana keperluan keluarga tidak sama dengan keperluan peniaga micro.

”Maka nanti kita hadkan pembelian kpd 3 atau 5 kg, peniaga akan bermasalah. Lagi satu ialah golongan T20 tidak layak terima subsidi minyak masak paket. Maka perlu kepada ID yang berbeza,” katanya.

Apa pun, mekanisma berhubung perkara itu belum dimuktamadkan.

Mengulas lanjut, Fuziah ketika dihubungi Buletin TV3 memberitahu, pihaknya sedang memperincikan data untuk kategori B40, M40 dan peniaga mikro.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini