comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki warga asing ditahan, seludup minyak masak paket

Oleh : Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU : Polis menahan seorang lelaki warga asing dan merampas 5 kotak minyak masak paket bersubsidi dalam satu serbuan di sekitar bandaraya ini, tengahari tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kes berkenaan dipercayai ada kaitan dengan video yang tular petang semalam berkaitan sekumpulan warga asing menjual minyak masak bersubsidi di pasar borong Pandan.

Katanya, hasil pemeriksaan lelaki wang asing berumur 35 tahun itu gagal menunjukkan permit pengedaran minyak subsidi yang sah.

Susulan itu lelaki berkenaan ditahan manakala 5 kotak minyak subsidi dan kereta yang dinaiki disita.

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan lebih RM8,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21, akta kawalan bekalan 1961. sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara maksima 3 tahun atau kedua-duanya sekali”, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberi amaran Polis Johor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk warga asing yang terbabit dengan aktiviti penyeludupan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta membuat laporan di balai polis terdekat.

Loading...
Terkini