comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] “Harap ada keadilan ke atas arwah ayah esok” – anak mangsa nahas SUKE

 

AMPANG JAYA: “Saya harap esok akan berlaku keadilan ke atas arwah ayah selepas dimaklumkan penunggang motosikal melawan arus di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan dituduh di mahkamah,” kata Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, 36, anak kepada lelaki yang maut dalam nahas di SUKE pada 14 Jun lalu.

Artikel berkaitan : “Mohon maaf kepada ibu saya” – anak mangsa nahas SUKE

Muhammad Hafidz berkata, dia sudah dihubungi polis memaklumkan lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Ampang esok pagi.

“Jadi saya harap esok arwah ayah akan mendapat keadilannya, malah sejak kejadian itu sehingga sekarang lelaki terbabit atau mana-mana ahli keluarganya belum tampil bertemu saya untuk memohon maaf,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa yang menunggang motosikal Ducati Panigale meninggal dunia selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat SUKE apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.

Lelaki berusia 41 tahun dan berasal dari Kajang yang menunggang motosikal melawan arus terbabit akan didakwa di Mahkamah Ampang esok.

Loading...
Terkini