comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis minta saksi kemalangan maut di SUKE tampil beri maklumat

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail

Oleh: Shuhadah Marzuki

PETALING JAYA: Polis memohon saksi kejadian kemalangan ngeri melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) semalam tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata hal itu susulan penunggang yang melanggar arus sehingga mengakibatkan kemalangan masih belum dikesan.

Artikel berkaitan: Penunggang motosikal maut elak motosikal lawan arus

Beliau melalui kenyataan berkata, polis masih meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya berkenaan untuk mengesan identiti penunggang terbabit.

Mohd Azam turut mengesahkan, proses bedah siasat juga sedang dijalankan oleh Forensik Hospital Ampang ke atas mangsa kemalangan Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 60an.

Ahmad Fadzil meninggal dunia selepas terjatuh dari jejambat lebuh raya berkenaan pada ketinggian 30 meter selepas mengelak sebuah motosikal yang dipandu melawan arus tengah hari semalam.

Loading...
Terkini