comscore
Tumpuan :
Nasional

HARI MALAYSIA: “Segulai Sejalai” – Fadillah Yusof

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof  mengajak seluruh rakyat  bersama-sama memperkukuh ikatan persaudaraan serta keakraban kaum yang pelbagai di negara ini sebagai usaha menghayati dan meraikan penubuhan Malaysia dengan penuh rasa bangga dan berjiwa bangsa.

Menerusi Facebooknya, Fadillah berkata semangat persaudaraan utuh mampu menguatkan lagi integrasi nasional dengan erti merdeka yang sebenar antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

“Segulai Sejalai”, yang membawa maksud “berjalan seiringan” perlu dizahirkan dengan semua rakyat mengekalkan keharmonian, memastikan negara selamat serta menjamin kestabilan,” katanya dalam hantaran itu.

Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak GPS itu turut mengajak rakyat mengenang jasa dan pengorbanan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan tokoh-tokoh Sabah serta Sarawak yang telah menjayakan pembentukan Malaysia.

“Tautkan kembali ikatan persaudaraan dan keakraban kaum yang pelbagai di Malaysia. Hentikan sentimen 3R – Raja, agama, dan kaum (Royalty, religion, and race) yang hanya menjadi ancaman kepada perpaduan negara,” tambah beliau.

Beliau turut menyeru rakyat menghargai setiap perkara yang negara miliki melalui semangat kebersamaan, kerana kekukuhan dan kemajuan dikecapi adalah hasil perjuangan bersama.

Tambahnya, Hari Malaysia harus menjadi medan untuk mengintegrasikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung ke arah agenda pembangunan yang lebih berdaya maju demi kelangsungan negara bangsa Malaysia tercinta.

Loading...
Terkini