comscore
Tumpuan :
Nasional

Segulai Sejalai cogan kata untuk semai perpaduan negara

Oleh Kadir Edison 

KUCHING: Segulai Sejalai yang menjadi tema sambutan Hari Gawai berupaya menjadi satu cogan kata yang boleh digunakan untuk memupuk semangat perpaduan di negara ini.

 

Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim berkata cogan kata dalam bahasa iban itu yang bermaksud “Seiring Sejalan” bertepatan dengan matlamat kerajaan perpaduan dalam memperkukuhkan keharmonian pelbagai kaum.

Beliau berkata, beliau amat tertarik dengan cogan kata terbabit dan akan menjadikan ia moto negara dan kerajaan perpaduan sepenuhnya.

“Jadi pada malam ini saya nak pastikan moto segulai sejalai ini jadi moto di negara seluruh Malaysia.

“Maknanya di mana-mana saya pergi bicara soal kesatuan perpaduan, berkerjasama, perkuatkan maka saya akan sebut segulai sejalai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis sambutan Perayaan Gawai Dayak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam ini.

Tambah Anwar, keharmonian rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di Sarawak yang terjalin sejak sekian lama harus menjadi tauladan khususnya dalam kalangan individu yang suka mencetuskan isu berkaitan.

Katanya, sudah sampai masanya rakyat atau golongan tertentu terutamanya di Semananjung Malaysia yang riuh menimbulkan perbezaan, mencetuskan salah faham serta membawa sentimen agama jumud dan ekstrim untuk belajar daripada Sarawak.

Loading...
Terkini