comscore
Tumpuan :
Nasional

Hero Batang Kali kembali beraksi di Jeram Mawar

KEMAMAN: Hero-hero Batang Kali kembali beraksi di lokasi tragedi, kini mereka menyertai SAR Kepala Air Jeram Air Putih, di sini.

Denti dan Frankie merupakan anjing daripada Unit Anjing Pengesan K9 Bomba Jalan Klang Lama, ditugaskan bersama pasukan penyelamat untuk mengesan mayat bermula semalam.

Kedua-duanya sebelum ini turut ditugaskan selama 14 hari bagi misi SAR di Turkiye.

Turut bersama Denti dan Frankie yang dibawa ke SAR pada kali ini ialah Sarkar, anjing pengesan berusia 5 tahun dari Unit K9 Bukit Aman.

Sebelum ini, kehadiran Unit K9 berkenaan mendapat perhatian susulan prestasi cemerlang mereka sewaktu misi SAR di Batang Kali apabila berjaya menemukan banyak mayat mangsa yang tertimbus.

Loading...
Terkini