comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada petunjuk baharu, operasi cari Ustaz Hafiz ditamatkan 

Operasi mencari guru agama Mohd Hafiz Jasmi, 38, yang hilang di hutan Pusat Rekreasi Sedim, Kulim, Kedah. FOTO: Fail NSTP

KULIM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Hafiz Jasmi, 38, yang hilang di hutan Pusat Rekreasi Sedim di sini ditamatkan semalam selepas tiada petunjuk baharu ditemui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan, berkata operasi dihentikan jam 4.40 petang semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Mohd Hafiz yang juga seorang guru subjek pendidikan Islam di sebuah sekolah di Kulim dilaporkan hilang di pusat rekreasi itu.

Bagaimanapun, operasi SAR dilakukan selepas laporan berkaitan kehilangan mangsa dilakukan pasukan penyelamat pada Jumaat lalu.

Namun, hanya kereta Proton Saga milik guru terbabit ditemui di kawasan parkir di kawasan berkenaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini