comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Hujan iringi kepiluan Azam kebumi 3 anak dalam satu liang

TAPAH: Suasana hiba mengiringi pengebumian jenazah tiga beradik yang lemas selepas dihanyutkan dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur, dekat Kampung Poh, Bidor di sini.

Jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor, petang tadi.

Terdahulu jenazah Hanum Marissa Azam, 2; Hafif Muhayat Azam, 4, dan Hanna Mikayla Azam, 7, dituntut ahli keluarga dari Unit Forensik Hospital Tapah jam 4.45 petang.

Bapa tiga beradik itu, Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, bersama hampir 50 jemaah menunaikan solat jenazah  di Masjid Al-Muhtadin Bidor, jam 5.20 petang.

Jenazah tiga beradik itu kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor dikebumikan di sisi pusara ibu mereka, Allahyarham Aszura Bani.

Azam dilihat sebak semasa turun sendiri ke dalam liang lahad untuk menyambut ketiga-tiga jasad anaknya.

Lebih 60 ahli keluarga dan sahabat menghadiri pengebumian tiga kanak-kanak syurga itu dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai.

Loading...
Terkini