comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Hati saya kini tidak tenang fikir nasib anak’

Ibu bapa Nur Damia Qiasara setia menunggu anggota pasukan penyelamat untuk misi mencari anak mereka sehingga ke tengah malam. – Foto NSTP

RANTAU PANJANG: “Alhamdulillah, sekurang-kurangnya salah seorang mangsa ditemui walaupun dimaklumkan sudah meninggal dunia. Hati saya kini tidak tenang memikirkan nasib anak yang masih belum ditemui,” luah Mohd Sabri Mohd Noor, 33.

Katanya, dia dan isteri tidak putus berdoa semoga anak mereka mereka, Nur Damia Qiasara, 11, ditemui tidak kira dalam keadaan apa sekali pun.

Mohd Sabri berkata, sebaik diberitahu anaknya, Nur Damia lemas di sungai, dia terus bergegas ke lokasi kejadian dan terjun mencarinya.

Selepas setengah jam cuba mencari, dia berjaya menemui rakan anaknya, Siti Aishah Mahzi, 11, dan menariknya sebelum membawa ke tebing sungai.
Sementara itu, ibu kepada Nur Damia, Farah berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu ada memaklumkan kepadanya untuk keluar melihat air banjir.

“Saya sudah menasihatinya untuk tidak bermain air, malah setahu saya dia tidak pernah mandi di sungai ini.Saya reda dengan apa yang berlaku dan berdoa semoga anak saya segera ditemui.

“Sebagai ibu, saya hanya mampu berdoa yang terbaik dan akan terus sabar menanti sehingga Nur Damia ditemui,” katanya.

Terdahulu, seorang murid perempuan Tahun Lima ditemukan lemas, manakala rakannya masih hilang selepas terjatuh di sungai Kampung Petai Dusun, di sini, kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Azmi Jaafar, berkata Siti Aishah Mahzi, 11, ditemui jam 7.15 malam sebelum dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah (HTM).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini